Polis tahan tiga lelaki diupah along rampas Axia dekat Mak Mandin

Dari Penulis

TIGA lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian merampas sebuah Perodua Axia di persimpangan lampu isyarat kawasan Mak Mandin, Pulau Pinang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, video kejadian terbabit telah tular di laman sosial yang mendakwa kereta yang dinaiki oleh seorang lelaki telah disamun sekumpulan individu.

Beliau berkata, mangsa iaitu seorang lelaki Cina telah membuat laporan polis dan mendakwa telah didatangi oleh sebuah kereta ketika berhenti di lampu isyarat.

Katanya, mangsa telah ditarik keluar dari kereta oleh dua lelaki yang tidak dikenali sebelum kereta tersebut dilarikan.

“Siasatan lanjut mendapati kejadian membabitkan ibu mangsa yang telah membuat pinjaman wang daripada seorang lelaki pada tahun 2020.

“Ibu mangsa bersetuju menyerahkan kereta tersebut melalui satu perjanjian bertulis.

“Bagaimanapun, ibu mangsa gagal menjelaskan pinjaman dan pemberi pinjaman telah mengupah penarik kereta untuk merampas kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Asri berkata, pihaknya telah berjaya menahan tiga lelaki Melayu berusia 27 hingga 49 tahun di kawasan Pulau Pinang dan Perak yang dipercayai terlibat dalam kes ini.

Turut dirampas sebuah kenderaan dan pakaian yang digunakan suspek ketika kejadian.

“Semasa tangkapan dijalankan, ketiga-tiga suspek dalam pengaruh dadah dan akan dihadapkan ke mahkamah pada hari ini bagi tujuan reman,” ujarnya.

Jelasnya, polis masih mengesan suspek bebas yang terlibat dalam kejadian ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan di talian 04-5759122.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Terlajak kata buruk padahnya’ – Fahmi beri ingatan kepada Onn Hafiz

"TERLAJAK kata buruk padahnya". Demikian tegas Datuk Fahmi Fadzil kepada Datuk Onn Hafiz susulan kenyataan Menteri Besar Johor itu menolak...

More Articles Like This