Tahniah! Syafiq Farhain dah bergelar bapa kepada bayi perempuan – “Sepatutnya isteri bersalin 29 Mei, kalau tak saya terpaksa pulang ke Kuala Lumpur…,”

Dari Penulis

PENYANYI Syafiq Farhain kini bergelar bapa kepada bayi perempuan yang dilahirkan secara normal pada pukul 10.50 pagi, hari ini.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Syafiq atau Nursyafiq Farhain AM Salim,29, selepas isterinya, Alia Nadia,29, selamat melahirkan anak sulung mereka di sebuah pusat perubatan di Kuala Terengganu, Terengganu.

“Sepatutnya dia bersalin 29 Mei lalu. Saya pun dah ambil cuti awal supaya dapat menemani dia. Kalau isteri masih juga belum bersalin hari ini, memang saya terpaksa pulang dahulu ke Kuala Lumpur kerana urusan kerja.

“Syukur segalanya dipermudahkan. Saya sendiri dapat melihat proses isteri bersalin. Melihat wajah anak buat pertama kali, saya senyum sendiri sebelum sempat nak azankan,” katanya memetik laporan mStar.

Kongsi Syafiq lagi, sehari sebelum bersalin, isterinya sempat menemaninya ke lokasi penggambaran muzik video lagu terbaharunya.

“Sekitar pukul 9 malam semalam (Isnin) dia dah mula rasa sakit. Ketika itu saya masih sedang menjalani penggambaran.

“Kemudian apabila pulang ke rumah, dia sekali lagi mengadu sakit pada pukul 3 pagi dan mula tidak boleh tidur.

“Bila tiba di hospital, isteri terus dibawa ke bilik bersalin. Tidak lama selepas saya lakukan urusan pendaftaran doktor beritahu bukaan sudah lapan sentimeter. Jadi memang tak boleh guna epidural,” ujarnya.

Kata Syafiq lagi, dia dan isteri sudah menyenaraikan beberapa nama untuk anak perempuan mereka itu.

Tetap dengan pendirian sebelum ini, Syafiq enggan terlalu mendedahkan wajah anaknya di media sosial kerana menganggap ia terlalu peribadi untuk dikongsikan untuk tatapan umum.

Syafiq dan Alia bernikah pada 10 Oktober 2021.

Sumber: mStar


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This