SEBUAH jambatan gantung sepanjang tiga kilometer di Sungai Gangga, Bhagalpur dekat Bihar, Timur India dilapor runtuh pada Ahad.
Difahamkan jambatan gantung yang sedang dibina itu runtuh buat kali kedua dalam tempoh 14 bulan.
Jambatan Sultanganj terbabit mula dibina pada tahun 2017 dan dijangkakan siap pada 2019 namun berdepan kelewatan apabila ia runtuh pada 30 April tahun lalu disebabkan angin kencang dan hujan.
Kejadian runtuhan terbabit bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kematian.
Menurut Ketua Menteri Bihar, Nitish Kumar berkata, pihaknya menjanjikan tindakan tegas susulan insiden tersebut.
“Ia tidak dibina dengan betul sebab itu ia runtuh. Ia sepatutnya dibuat lebih kukuh,” katanya memetik laporan CNN.
Sementara itu, menurut firma reka bentuk dan kejuruteraan yang terlibat dalam pembinaan jambatan itu, McElhanney berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu dan amat prihatin terhadap keselamatan dan kesejahteraan mereka yang terjejas.
“Jambatan itu dijangka merangkumi empat lorong lalu lintas serta laluan pejalan kaki.
“Jambatan ini dijangka mengurangkan kesesakan di tiga buah jambatan yang berada di negeri ini,” katanya.
Menurut seorang penduduk tempatan yang dikenali sebagai Rakesh Kumar, terdapat kekecohan besar di kawasan tersebut seperti berlaku letupan.
“Kemudian kami dapati jambatan itu runtuh,” katanya.
Rakaman kejadian terbabit tular di laman sosial memaparkan jambatan sepanjang 3 kilometer tersebut runtuh ke dalam sungai.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

