AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa beberapa individu yang digelarkannya ‘kluster’ gantung dan pecat dilihat sengaja mahu ‘meranapkan’ UMNO.
Dalam hantaran di Facebook, Mohd Puad berkata, ‘kluster’ gantung dan pecat itu semakin lantang menghentam UMNO bagi membolehkan karier politik masing-masing terus hidup.
Dakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu, beberapa individu itu juga tidak berani untuk menubuhkan parti baharu sebaliknya menumpang ‘rumah’ orang lain.
“UMNO ada kluster gantung dan pecat. Mereka makin lantang menghentam UMNO. KJ (Khairy Jamaluddin) kata UMNO bungkus di PRN nanti. 50 peratus ahli UMNO akan lari.
“Kluster ini tidak berani tubuh parti baharu. Mereka tumpang rumah orang lain. (Tan Sri) Annuar Musa pilih Pas. Mereka ini mahu ranapkan UMNO. Bolehlah politik mereka terus hidup,” katanya dalam hantaran tersebut.
Mengulas lanjut, Mohd Puad mendakwa beberapa individu berkenaan hanya mahu melihat UMNO kalah teruk dalam enam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.
Baca artikel berkaitan: Khairy kata UMNO bakal ‘bungkus’ pada PRN
Beliau turut mendakwa kluster gantung dan pecat itu mahu melihat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi lemah supaya senang kembali semula dan menguasai parti itu.
“Ada yang tidak mahu menumpang. Mereka hanya mahu UMNO kalah teruk di enam PRN.
“Negeri ini bukan milik UMNO. Mereka hanya mahu Zahid lemah. Senang mereka masuk balik dan menguasai UMNO,” jelasnya.
Kelmarin, Khairy meramalkan UMNO bakal ‘bungkus’ pada enam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.
Jangkaan itu dinyatakan Khairy selepas meninggalkan komen di hantaran Instagram milik bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Bekas Menteri Kesihatan itu berkata demikian sebagai respons kepada hantaran Hishammuddin yang membidas Ahmad Zahid dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Hishammuddin dalam hantaran tersebut menyifatkan tindakan Ahmad Zahid dan Asyraf Wajdi seolah-olah menyindir bekas ahli UMNO yang dipecat dan digantung hanya menggambarkan mentaliti dan pemikiran semasa kepimpinan UMNO.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

