Kehadiran Jokowi ‘gegarkan’ Chow Kit

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

GEGAK gempita dan meriah sebaik sahaja sosok Presiden Indonesia, Joko Widodo tiba di Chow Kit tengah hari tadi.

Ribuan warga Indonesia memenuhi kawasan sekitar Pasar Jalan Raja Bot, Chow Kit dek teruja dengan kehadiran ‘bapa negara Indonesia’ itu.

Malah, nama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir mengiringi Jokowi juga turut dilaungkan orang ramai.

Presiden Indonesia, Joko Widodo bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut orang ramai ketika meluangkan masa melawat sekitar Pasar Jalan Raja Bot, Chow Kit, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Suasana juga semakin meriah dan hangat apabila Jokowi secara santai menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan orang ramai.

Keadaan semakin riuh apabila Presiden Indonesia itu ‘sporting’ melayan kehendak orang ramai untuk swafoto.

Presiden Indonesia, Joko Widodo bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra serta berswafoto dengan peniaga-peniaga pasar ketika meluangkan masa melawat sekitar Pasar Jalan Raja Bot, Chow Kit, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Usai menyantuni orang ramai, Anwar bersama Jokowi bergerak ke Restoran Samudera Patin, Kampung Baru untuk makan tengahari.

Majlis makan tengah hari itu dihoskan sendiri oleh Perdana Menteri.

Terdahulu, Anwar dan Jokowi telah memeterai  Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Republik Indonesia / Komuniti Perniagaan.

Presiden Indonesia, Joko Widodo bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan peniaga-peniaga pasar ketika meluangkan masa melawat sekitar Pasar Jalan Raja Bot, Chow Kit, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Presiden Indonesia, Joko Widodo bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra serta berswafoto dengan peniaga-peniaga pasar ketika meluangkan masa melawat sekitar Pasar Jalan Raja Bot, Chow Kit, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Presiden Indonesia, Joko Widodo bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra serta berswafoto dengan peniaga-peniaga pasar ketika meluangkan masa melawat sekitar Pasar Jalan Raja Bot, Chow Kit, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This