‘Usaha saja tak cukup kena cari berkat, reda Allah SWT’ – Pelajar 11A+ SPM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PELAJAR terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur percaya, kejayaan mendapat keputusan 11A+ adalah kerana berkat dan reda daripada Allah SWT.

Danial Khan Syahiran Zairi, 18, berkata, usaha sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kecemerlangan kerana ia perlu digabungkan dengan faktor ketaatan kepada ilahi.

“Pada saya usaha itu bukanlah faktor utama yang membawa kepada kejayaan ini, bagi saya ada doa yang Allah makbulkan, doa ibu bapa, doa rakan. Dan pada saya usaha itu tidak pernah mencukupi.

“Yang penting adalah keberkatan dan reda daripada Allah SWT, ibu bapa, rakan-rakan. Itu yang lebih penting yang perlu kita ambil cakna,” katanya ketika ditemui UtusanTV, hari ini.

Baca artikel lain: Anak Fadhlina Sidek dapat 9A dalam SPM

Beliau berkata demikian di Majlis Pengumuman Rasmi Keputusan Peperiksaan SPM Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Berminat untuk menceburi kerjaya dalam bidang sains dan matematik, Danial Khan berkata, sentiasa fokus di dalam kelas merupakan antara perkara paling berkesan dalam memahami sesuatu mata pelajaran.

Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik ini turut mengakui mengalami fasa-fasa sukar, namun ia berjaya ditempuhi dengan bantuan guru, ibu bapa dan rakan-rakan.

Nik Muhammad Ahnaf Rujhiee Raya Anuar

Dalam pada itu, seorang lagi pelajar cemerlang SPM iaitu Nik Muhammad Ahnaf Rujhiee Raja Anuar yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) tidak pernah menjadikan kekurangan diri sebagai halangan.

Beliau yang mengalami masalah cacat penglihatan berkata, kerja kuat dengan sentiasa mengulang kali pelajar merupakan ramuan mencapai kejayaan 8A dalam SPM.

“Cabaran semasa belajar memang banyak sebab saya mempunyai masalah penglihatan terutamanya untuk subjek matematik. Saya nak kena fahamkan gambarajah dan sebagainya. Jadi itu satu cabaran.

“Saya sentiasa ulang kaji supaya saya dapat ingat sub topik.

“Saya pernah alami perasaan tidak semangat apabila subjek tak capai sasaran. Jadi selepas itu saya berusaha untuk mendapatkan sebaik mungkin,” katanya.

Bekas pelajar Sekolah Pendidikan Khas Setapak itu kini merancang untuk mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dalam usaha merealisasikan impiannya untuk bergelar guru suatu masa nanti.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This