‘Lebih 2 juta ahli sudah tinggalkan UMNO,’ parti hanya pentingkan puak tertentu – Annuar Musa

Dari Penulis

KETIKA UMNO melaporkan ahlinya kini meningkat sehingga lebih 3.4 juta orang dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, bekas setiausaha agung parti itu, Tan Sri Annuar Musa mendakwa sebenarnya lebih dua juta ahli sudah meninggalkan parti itu.

Beliau yang juga Presiden Muafakat Nasional (MN) dan telah menjadi ahli PAS, mendakwa UMNO kini bukan lagi parti yang menjadi pilihan rakyat kerana lebih mementingkan kepentingan individu dan puak tertentu, termasuk DAP.

“Realitinya hari ini, UMNO bukan lagi parti pilihan rakyat. Dua juta ahli parti itu sudah meninggalkan UMNO sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.

“UMNO bukan lagi parti yang mengutamakan perpaduan rakyat. UMNO bukan lagi parti yang nak menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Ia sudah bertukar menjadi satu parti menjaga kepentingan individu, menjaga kepentingan kelompok dan puak tertentu, sekarang ini mereka sibuk menjaga dan menjadi tukang sapu kepada parti DAP semata-mata,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat Perikatan Nasional (PN) di Senawang, malam tadi.

BERITA BERKAITAN Annuar Musa sah ahli Pas – Takiyuddin

Yang turut hadir, Pengerusi PN merangkap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyudin Hasan; Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali.

Annuar mendakwa UMNO sedang dikongkong dan digonggong Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Tidak ada sebab untuk saya menyokong sebuah parti politik (UMNO) yang sedang dikongkong Presidennya (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) yang telah merosakkan dirinya sendiri.

“Tiada sebab untuk saya menghabiskan sedikit sebanyak harta benda bagi menyokong parti itu yang telah rosak dan lebih penting menjadi penderhaka nombor satu kepada perjuangan orang Melayu dan umat Islam dalam negara ini,” katanya.

Beliau yang juga bekas ahli Parlimen Ketereh, mendakwa dulu UMNO yang disertainya selama 50 tahun diharapkan menjadi parti yang akan mendukung penyatuan dan perpaduan ummah dan rakyat.

Bagaimanapun, katanya UMNO kini menjadi parti yang mengepalai perpecahan dalam kalangan ummah rakyat dalam negara ini.

“Saya ahli UMNO selama 50 tahun kerana waktu itu diharapkan menjadi parti politik yang menjunjung perjuangan ABATA, Agama, Bangsa dan Tanah Air, dan juga nak menjaga UMNO sebagai sebuah parti yang didokong majoriti umat dan rakyat dalam negara ini.

“Tapi, kini menjadi parti yang dikawal seorang presiden yang mengkhianati orang Melayu dan Islam,” katanya sambil mendakwa berfikir dengan hati yang tenang dan jiwa yang luhur, berhubung pilihannya meneruskan perjuangan politik dengan menyertai PN.

Beliau menjelaskan keputusan untuk menyertai PN dibuat secara sukarela tanpa paksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This