Sah Pas tinggalkan UMNO dalam Muafakat Nasional kerana duit – Asyraf Wajdi

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

DESAS-DESUS faktor yang membuatkan Pas sanggup meninggalkan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) untuk bersama Bersatu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akhirnya terjawab, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurut Asyraf Wajdi, hal itu selepas Setiausaha Politik Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa Bersatu menawarkan bantuan kewangan kepada Pas bagi menghadapi PRU15.

Asyraf Wajdi berkata, pendedahan Datuk Dr Marzuki Mohamad itu secara tidak langsung mengesahkan desas-desus segala perbelanjaan Perikatan Nasional (PN) termasuk calon-calon Pas ditanggung Bersatu adalah benar.

“Patutlah Pas sanggup meninggalkan UMNO dalam MN untuk bersama Bersatu mendaftar dan menubuhkan PN. Memang waktu itu lagi ramai yang memberikan maklumat bahawa Bersatu menawarkan kepada Pas bantuan kewangan hadapi PRU15.

“Justeru, hari ini apabila bekas Setiausaha Politik Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mendedahkan segala perbelanjaan Perikatan Nasional termasuk calon-calon Pas ditanggung Bersatu hanya mengesahkan cakap-cakap waktu itu,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Marzuki menempelak kenyataan Naib Presiden Pas merangkan Ketua Pengarah Pilihan Raya parti itu, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang menyindir Bersatu kerana didakwanya banyak bergantung kepada mereka dalam pilihan raya.

Menurut Marzuki, Bersatu sebenarnya menanggung kos perbelanjaan PRU ke15 sehingga membuka peluang kepada Pas mencatat sejarah apabila memenangi 43 kerusi Parlimen – suatu pencapaian tertinggi parti berkenaan setakat ini.

“Perbelanjaan PN pula semuanya ditanggung oleh Bersatu. Malah Bersatu juga memberikan sumbangan kewangan yang bukan sedikit kepada Pas,” katanya dalam kenyataan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This