PERIKATAN Nasional (PN) sudah menyelesaikan rundingan 97 peratus atau 240 daripada 245 kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) di enam negeri sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, selain itu, perbincangan mengenai calon untuk semua kerusi DUN yang akan ditandingi PAS di enam negeri tersebut akan diadakan esok.
Beliau berkata terdapat lima atau enam lagi kerusi yang belum selesai dan dijangka dapat diselesaikan sebelum pembubaran DUN.
“Kita masih ada masa lagi untuk menyelesaikan keseluruhan pengagihan kerusi dan keputusan akhir akan diselesai dalam tempoh terdekat.
“PRN di enam negeri belum ditetapkan dan kita masih mempunyai masa untuk menyelesaikan keseluruhan pengagihan kerusi,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Ahmad Samsuri berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikanProgram ESG Affairs 2023 dan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Terengganu Inc dan Tenaga Nasional Berhad Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco), di Kuala Terengganu, hari ini.
Selain Terengganu, lima lagi negeri yang akan mengadakan PRN adalah Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.
BERITA BERKAITAN PN umum penyertaan 10 ‘warlord’ UMNO sebelum PRN
Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar mengesahkan hanya satu daripada 32 kerusi DUN di Terengganu belum selesai diagihkan.
“Satu daripada 32 kerusi DUN Terengganu yang belum selesai diagihkan bukannya kerusi DUN Rhu Rendang,” katanya berseloroh.
Mengulas mengenai calon, Ahmad Samsuri berkata, perbincangan mengenai calon untuk semua kerusi yang akan ditandingi PAS di enam negeri akan diadakan esok.
Katanya, perbincangan semua calon PAS yang akan bertanding di kerusi DUN pada PRN di enam negeri akan dibincangkan esok.
Ketika mengulas tarikh pembubaran DUN Terengganu, Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Rhu Rendang, berkata tarikh penggal terakhir dan pembubaran DUN negeri ini secara automatik adalah akhir bulan ini.
“Kita akan sembah maklum dan mendapat perkenan daripada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin untuk pembubaran DUN,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

