YAYASAN Bank Rakyat (YBR) menerusi program Bantuan Awal Pengajian (BAP) telah menyalurkan RM100,000 ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi membolehkan pelajar meneruskan pengajian.
BAP diwujudkan bertujuan membantu para pelajar yang kurang berkemampuan dalam kalangan B40.
Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, pihaknya sentiasa proaktif dalam membantu golongan yang tidak bernasib baik terutamanya B40 untuk mendapat kualiti pendidikan sama seperti orang lain.
“Saya berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan pelajar untuk meneruskan semester pengajian dan juga sebagai pemangkin untuk berusaha mendapat keputusan yang cemerlang di masa akan datang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika hadir menyerahkan BAP YBR dan perasmian ‘SIR Corner’ untuk pelajar serta perpustakaan UMP.
Replika cek serta upacara gimik penyerahan disaksikan oleh Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin.
Hadir sama Ketua Bahagian Pentadbiran Korporat YBR, Khairul Na’im Arifin; Timbalan Ketua Pustakawan Kanan UMP, Kamariah Gono; Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin dan Pengurus Jabatan Serambi Ilmu Rakyat YBR, Zatul Hasanah Mohd Radzhuan.
Bantuan melibatkan 100 orang pelajar dengan peruntukan sebanyak RM1,000 setiap seorang itu telah dikenal pasti oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMP.
Baca artikel lain: Wan Suraya dilantik sebagai Ketua Audit Negara baharu
Kesemua mereka adalah dalam kalangan pelajar semester satu hingga tiga di peringkat pengajian diploma dan ijazah sarjana muda.
Dalam majlis sama, YBR melalui Perpustakaan Digital Serambi Ilmu Rakyat atau lebih dikenali dengan nama SIR Corner telah menyumbangkan set kelengkapan kemudahan itu kepada perpustakaan UMP.
Ianya diharapkan dapat memberi manfaat kepada seluruh pelajar UMP dalam mendapatkan maklumat terkini serta bahan-bahan bacaan ilmiah secara digital.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Syaiful berharap, pelajar dapat menggunakan perkhidmatan ini sebaik-baiknya serta menjadikan ia sebagai alternatif rujukan dalam penghasilan tesis atau tugasan melalui dunia tanpa sempadan.
Bagi tahun 2022 sebanyak 20 institusi pengajian tinggi dan dua pusat komuniti telah terpilih menerima SIR Corner dengan jumlah peruntukan sebanyak RM300,000.

YBR juga telah memperuntukkan sebanyak RM350,000 setiap tahun untuk langganan dan pangkalan data bahan-bahan digital SIR dari pihak pembekal.
Usaha ini bertujuan menggalakkan tabiat membaca buat pelajar-pelajar dan masyarakat tanpa sempadan masa serta lokasi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

