Sebutan kes seks guna objek bekas pengarah keselamatan Bersatu pada 17 Julai

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SERAHAN dokumen bagi kes yang melibatkan seorang bekas pengarah keselamatan Bersatu Parlimen Shah Alam yang didakwa melakukan seks menggunakan objek terhadap seorang pegawai bank, ditetapkan pada 17 Julai depan.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Siti Aminah Ghazali selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abd Latip memohon tarikh sebutan baharu bagi serahan baki dokumen kepada pihak pembelaan.

Katanya, permohonan itu adalah ekoran pihak pendakwaan memerlukan masa untuk penyerahan baki dokumen berkenaan.

“Kita ada serahkan dokumen kes itu hari ini kepada pihak pembelaan, bakinya akan diserahkan pada sebutan kes seterusnya,” katanya pada prosiding sebutan kes itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pagi ini.

Peguam yang mewakili tertuduh, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria kemudian mengesahkan telah menerima dokumen berkenaan.

Tertuduh yang juga ahli perniagaan Wan Mohammad Ashraf, 42, turut diwakili oleh seorang lagi peguam, Datuk Ishak Mohd Yusoff.

Sebelum ini pada 11 Mei lalu, Mohammad Ashraf mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan melakukan seks dengan menggunakan objek dengan seorang wanita berusia 26 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah premis hiburan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sekitar jam 5 pagi, 2 Januari lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan dilarang mengganggu mangsa sehingga kes selesai.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This