Bapa parah, ibu serta anak cedera ringan dihempap dinding rumah

Dari Penulis

TIGA beranak cedera selepas dihempap dinding rumah mereka yang tiba-tiba runtuh, petang hari ini.

Kejadian berlaku di Jalan Sungai Pusu, Kampung Pinggiran Universiti Islam Antarabangsa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 2.35 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati tembok dinding sebuah rumah yang dalam pembinaan telah rebah dan menghempap tiga mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, seorang lelaki berusia 35 tahun cedera parah dalam kejadian itu.

“Sementara isteri berusia 30 tahun dan anak lelaki berusia dua tahun cedera ringan,” ujarnya.

Wan Razali berkata, pihaknya telah memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan bagi rawatan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This