SEORANG pemandu treler ditemui rentung selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 109, Lebuhraya Pagoh-Yong Peng, tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian pada pukul 12.07 tengah malam.
Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bharu telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam longkang sebelum terbakar.
“Mangsa telah terbakar keseluruhan badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini dan menambah identiti mangsa belum dikenal pasti.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ismail berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Nora Ismail bagi tujuan bedah siasat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

