Majlis Titian Kasih himpun tujuh generasi Allahyarham Haji Yahya

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MAJLIS Titian Kasih Keluarga Cucu Cicit yang dianjurkan pada Sabtu lepas berjaya menghimpunkan tujuh generasi keturunan Allahyarham Haji Yahya.

Kira-kira 500 orang waris Haji Yahya hadir dalam majlis yang berlangsung di Batu Pahat, Johor itu.

Pengelola majlis, Hassan Al-Ashari Abd Rashid berkata, beliau amat gembira kerana berjaya mengumpulkan sanak-saudara yang tinggal di serata tanah air.

Menurut Hassan Al-Ashari, beliau berharap majlis tersebut dapat diteruskan pada masa akan datang dengan lebih meriah lagi.

“Saya berharap majlis menghimpunkan keturunan Allahyarham Haji Yahya ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Saya lihat ada pelapis yang mampu meneruskan majlis seperti ini dan yakin mereka mampu meneruskannya nanti,” katanya.

Sementara itu, oengurus program, Mohammad Ali Abdullah berkata, sanak-saudara yang hadir pada majlis itu datang dari pelusuk tanah air termasuk Sabah dan Sarawak.

Malah, ada juga yang tinggal di Pattani, Thailand hadir untuk berkumpul bersama sanak saudara mereka dalam majlis tersebut.

“Majlis titian kasih ini merupakan kali ketiga dianjurkan sejak 2005 dan kita berjaya menghimpunkan 500 ahli keluarga dari tujuh generasi berbeza Allahyarham Haji Yahya.

“Majlis ini diadakan selang beberapa tahun dan kita merancang untuk menganjurkannya secara tersusun selang lima atau tujuh tahun sekali,” katanya kepada UtusanTV.

Baca juga: STR fasa 3 disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha

Mengulas lanjut, Mohammad Ali berkata, antara objektif utama menganjurkan majlis tersebut adalah untuk membuka minda sanak-saudara yang hadir khususnya pada mereka yang tinggal di kampung.

Katanya, beliau berharap ahli keluarga yang tinggal di kawasan kampung keluar dari kepompong keselesaan dan berani mencari peluang yang lebih besar di kawasan bandar.

Menurut Mohammad Ali, hal itu amat penting memandangkan era ketika ini sudah berubah selain faktor ekonomi yang semakin mencabar.

“Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silatulrahim khususnya pada mereka yang sebelum ini tidak mengetahui dengan lebih mendalam mengenai leluhur mereka serta saudara-saudara jauh mereka.

“Antara aktiviti yang dilakukan dalam majlis ini adalah menziarahi kubur waris keluarga yang sudah meninggal dunia.

“Kemudian menerus aktiviti dengan majlis tahlil sebelum aktiviti penerangan salasilah dan memperkenalkan jurai keluarga oleh Cikgu Hassan Al-Ashari,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This