Lelaki curi 25 helai seluar dalam wanita dipenjara sebulan

Dari Penulis

SEORANG lelaki terpaksa meringkuk dalam penjara selama sebulan gara-gara mencuri 25 helai seluar dalam.

Kejadian dilapor berlaku di kawasan perumahan dekat Seri Petaling pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kegiatan suspek terbongkar selepas pihakya menerima aduan daripada seorang penduduk berusia 36 tahun.

“Pengadu seorang lelaki telah melihat suspek dalam keadaan mencurigakan apabila melihat pakaian yang disidai di dalam rumahnya.

“Pengadu kemudian bertindak mengekori suspek sehingga ke rumah jiran sebelum bertindak menghubungi polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, siasatan awal mendapati suspek berusia 45 tahun mengaku mencuri 25 helai pakaian dalam wanita di tiga buah rumah yang berbeza bagi tujuan melepaskan nafsu.

“Pakaian dalam tersebut telah ditemui di dalam beg silang yang dibawa suspek sebelum menahannya bagi tindakan lanjut.

“Semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah membabitkan curi dan dadah,” ujarnya.

Amihizam berkata, suspek telah dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan pada Selasa.

“Suspek mengaku bersalah dan mahkamah menjatuhkan hukuman satu bulan penjara,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar dukacita, rakam takziah pemergian bekas Presiden Timor-Leste

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan seluruh rakyat Timor-Leste atas pemergian bekas Presiden...

More Articles Like This