Penganggur curi jersi PSG bernilai RM299 diberkas polis

Dari Penulis

SEORANG penganggur ditahan selepas mencuri jersi kelab bola Paris Saint-Germain (PSG) di sebuah kedai di dalam pusat beli-belah Ampang Jaya, 7.20 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pengadu yang bekerja sebagai penolong pengurus kedai peralatan sukan mendapati suspek telah mengambil sehelai baju jersi PSG berwarna biru dan baju jersi Manchester United berwarna merah.

Beliau berkata, suspek kemudian mencuba baju tersebut di dalam bilik persalinan.

“Pengadu dapati suspek telah keluar dari bilik persalinan dengan membawa sehelai sahaja baju iaitu baju jersi Manchester United warna merah.

“Apabila suspek hendak keluar kedai, pintu pengimbas keselamatan telah berbunyi kerana terdapat tanda keselamatan pada baju tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pengadu telah menahan lelaki tersebut dan memeriksa beg galas yang dipakai suspek sebelum menemui sehelai baju jersi PSG.

“Anggaran kerugian yang dialami ialah RM299 dan pengadu telah menghubungi polis bagi tindakan lanjut,” ujarnya.

Mohd Azam berkata, pemeriksaan mendapati suspek berusia 39 tahun itu negatif dadah dan tiada rekod dadah.

Suspek direman sehingga Ahad dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This