Pernah rasa takut untuk melepaskan, kini Puteri Sarah reda

Dari Penulis

PELAKON, Puteri Sarah meluahkan rasa lega dapat menerima hikmah di sebalik perjuangannya selama hari ini menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Ujar Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia pernah berasa gentar untuk melepaskan orang yang disayangi namun sebagai manusia dia akur dengan ketentuan Ilahi.

“Dulu saya sangat takut untuk melepaskan. Dulu saya benci perpisahan. Dulu saya benci mengakhiri sesuatu. Dulu saya sangat takut betapa sakitnya hati saya ketika mereka tidak ada lagi dalam hidup saya. 

“Saya memiliki banyak pertanyaan bagaimana, jika dan apa yang bisa terjadi kemudian dan disitulah kesalahan saya selama ni takut akan segalanya.

“Dan sekarang saya mengerti. Ketika sesuatu berakhir, itu berakhir kerana suatu alasan. Ketika sesuatu tidak berhasil, itu tidak berhasil kerana sesuatu alasan. Kamu tahu melepaskan itu indah,” ungkapnya.

Tambahnya, pelakon berusia 38 tahun itu reda menganggap segala hal yang terjadi ada perkara baik yang menanti disebaliknya.

“Terkadang, itu sulit. Tapi selalu ingatkan dirimu bahawa setiap yang berlaku atas izin-Nya. Lepaskanlah hal-hal yang telah menyakitimu.

“Bersabarlah dalam prosesnya. Kerana setelah setiap kesabaran, ada hal yang indah yang menantimu,” tulisnya yang disertakan dengan emoji hati berwarna putih. 

Pada 14 Jun, pelakon drama Andai Itu Takdirnya hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk proses lafaz talak sekaligus, sah bercerai dengan talak satu.

Syamsul Yusof turut berjanji untuk tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap dua orang anaknya, Syaikhul dan Sumayyah, meskipun hubungan dia dan Sarah berakhir.

Dalam prosiding berkenaan, pengarah filem KL Gangster itu bersetuju akan memberikan nafkah untuk anak-anaknya sebanyak RM 6,000 sebulan bermula Julai ini.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul, 6, dan Sumayyah kini berusia lima tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hael Husaini, Akim Ahmad & Aisha Retno barisi panel juri Big Stage musim ke-7!

INDUSTRI hiburan tempatan dijangka menerima satu lagi gelombang kebangkitan apabila program realiti nyanyian paling fenomena, Big Stage, kini kembali...

More Articles Like This