SERAMAI 318,750 pekebun kecil getah akan menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun ini, dengan bayaran sebanyak RM800 seorang
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah itu melibatkan 232,427 pekebun kecil getah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan 86,323 pekebun di bawah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).
Katanya lagi, permohonan bagi bantuan dengan nilai peruntukan keseluruhan RM256 juta itu sudah dibuka bermula semalam sehingga 15 September depan.
“Program BMT 2023 melambangkan komitmen Kerajaan Malaysia Madani untuk menyokong kehidupan pekebun kecil dan penoreh getah, bagi mengatasi cabaran kewangan semasa musim tengkujuh.
“Kerajaan mengharapkan pekebun kecil dan penoreh getah mendapat manfaat sepenuhnya, menerusi program ini, katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.
Baca artikel lain: Punca kematian pegawai kadet TLDM: Mahkamah Koroner putuskan keputusan terbuka
Ahmad Zahid berkata, BMT disampaikan kepada pemilik kebun getah kecil yang menguruskan kebun sendiri dan ahli kepada Projek Tanam Semula Berkumpulan.
Tambahnya, penoreh yang bergantung kepada getah sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah kebun getah juga termasuk dalam senarai penerima bantuan.
“Selain itu, individu yang berdaftar dengan RISDA dan berada dalam Sistem Pembangunan Pekebun Kecil (e-SPeK) juga layak menerima bantuan ini.
“Pemohon boleh memohon atau mengemaskini BMT 2023 melalui Portal pekebunkecilrisda.gov.my,” katanya lagi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2023 mengumumkan kadar bayaran BMT dinaikkan daripada RM600 kepada RM800 seorang dengan peruntukan keseluruhan RM256 juta.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’ Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

