SEORANG lelaki yang dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mati ketika dalam tahanan semalam disahkan meninggal dunia kerana berpunca daripada serangan jantung.
Menurut sumber, dapatan itu diperolehi hasil bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat suspek terbabit.
Siasatan juga mendapati tiada sebarang kecederaan dikesan pada mayat lelaki berusia 68 tahun itu dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut, lapor Malaysiakini.
Cubaan wartawan untuk mendapatkan reaksi daripada waris atau ahli keluarga lelaki terbabit yang ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) juga tidak berjaya apabila mereka enggan memberikan sebarang kenyataan kepada media.
Difahamkan suspek ditahan kelmarin bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan aktiviti pelombongan tanpa lesen di Pahang.
Ketika disoal siasat pegawai SPRM di Putrajaya semalam, lelaki terbabit kelihatan tidak sihat sebelum dia dikejarkan ke hospital.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan kepada Malaysiakini, suspek meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.
Difahamkan, ada dua lagi suspek yang ditahan bersama lelaki terbabit, masing-masing seorang pengusaha lombong dan penjawat awam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

