JENAZAH Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin selesai dibedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) dan dibawa pulang ke rumahnya di Ipoh kira-kira 10.40 malam tadi.
Van yang membawa jenazah Ishsam diiringi MPV polis selain kenderaan keluarga serta beberapa kenderaan barisan kepimpinan UMNO serta Barisan Nasional (BN) Perak.
Isteri arwah, Rozlita Abdullah, 55, sempat membuka cermin tingkap kereta dan mengucapkan terima kasih kepada media.
Rozlita yang kelihatan sugul sebelum itu dilihat beberapa kali ditenangkan oleh rakan-rakannya ketika menunggu urusan bedah siasat selesai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata bedah siasat yang dijalankan ke atas ADUN Ayer Kuning itu mendapati punca kematian adalah serangan jantung.
Baca artikel lain: Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
“Bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik HPP yang bermula 9 malam tadi mendapati ADUN Ayer Kuning meninggal dunia disebabkan serangan sakit jantung (acute coronary syndrome), jenazah telah dibawa pulang 10.40 malam ini ke rumahnya,” katanya.
Allahyarham meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya, petang semalam.
Beliau rebah semasa bersalaman dengan pemain lain di tepi padang pada Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru Piala Ketua Menteri Pulau Pinang di stadium itu.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

