POLIS mengesahkan telah membuka dua kertas siasatan berhubung kejadian seorang penjawat awam memarahi dua anggotanya di Taman Sri Gombak, Batu Caves, tengah hari semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, pengadu yang berada di kedai makan telah didatangi oleh seorang wanita warga tempatan yang tidak dikenali.
Beliau berkata, suspek bertindak memarahi pengadu atas sebab membuat bising di rumah jiran.
“Suspek telah memperkenalkan diri sebagai penjawat awam dengan nada suara yang tinggi dan mengatakan ingin menahan pengadu atas alasan telah membuat bising,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, suspek kemudian mengugut hendak memukul pengadu dan memarahi orang ramai yang berada di lokasi kejadian.
Malah suspek juga mempersenda seorang pegawai rendah polis dan tidak memberikan kerjasama ketika diminta untuk menunjukkan kad kuasa.
“Susulan laporan yang dibuat oleh pengadu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.
“Laporan kedua diterima oleh pegawai rendah polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta menggunakan perkataan yang kurang sopan,” ujarnya.
Hussein berkata, pemeriksaan mendapati rakaman kejadian terbabit tular di laman sosial dan suspek telah dipanggil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Gombak bagi siasatan lanjut.
Orang ramai dinasihatkan tidak memberikan komen-komen yang boleh menggugat ketenteraman awam dan menggangu proses siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

