Mat Sabu jalani pembedahan

Dari Penulis


MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad  Sabu akan menjalani pembedahan appendicitis malam ini atas nasihat pakar perubatan.

Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam satu  kenyataan berkata, Mohamad dimasukkan ke Hospital Putrajaya hari ini untuk mendapatkan rawatan berhubung penyakit  berkenaan.

Katanya, kesihatan beliau kini dalam keadaan stabil dengan pemantauan rapi. 

“Beliau dijadualkan akan menjalani pembedahan appendicitis pada malam ini atas nasihat pakar perubatan. 

“Kesihatan beliau kini dalam keadaan stabil dengan pemantauan rapi,” kata kenyataan  itu.

Mengulas lanjut, Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, atas nasihat pihak hospital, buat masa ini hanya ahli keluarga terdekat yang dibenarkan melawat YB Datuk Seri.  

“Sama-sama kita doakan YB Datuk Seri diberikan kesembuhan dan pulih seperti sedia kala ” tambahnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This