Pegawai DBKL pujuk isteri orang lakukan persetubuhan didakwa

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan memujuk seorang wanita untuk melakukan persetubuhan haram bersamanya, tahun lalu.

Tertuduh, Khairul Anuar Mhd Juri, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izzah Shaharuddin, tengah hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah memujuk seorang perempuan berusia 37 tahun yang mana tertuduh telah tahu mempunyai sebab untuk mempercayai perempuan tersebut adalah isteri kepada seorang lelaki berusia 43 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan dengan niat bahawa wanita berkenaan untuk melakukan persetubuhan haram dengan tertuduh.

Pengarah Eksekutif (Pengurusan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Khairul Anuar Mhd Juri menghadapi pertuduhan atas kesalahan memujuk seorang wanita yang juga isteri orang untuk melakukan persetubuhan haram tahun lalu ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Perbuatan itu didakwa dilakukan di bangunan DBKL pada 14 Jun 2022 sekitar jam 8 malam sehingga 4 November 2022 sekitar jam 11.57 pagi.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Diana binti Saad menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan syarat tidak menganggu saksi pendakwaan.

Bagaimanapun peguam yang mewakili tertuduh, Fahmi Abd Moin memohon jaminan yang minima memandangkan anak guamnya itu menyara keluarga termasuk empat orang anak selain akan digantung kerja.

Majistret Nurul Izzah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin serta syarat tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 26 Julai depan bagi sebutan semula kes.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This