SEORANG pemandu disaman selepas dipercayai menggunakan lampu mata arah pada Perodua Alza miliknya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pihaknya telah mengesan kejadian terbabit tular di laman Facebook.
Kejadian dipercayai berlaku di Kilometer 136.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Seberang Perai Tengah.
Beliau berkata, suspek seorang lelaki tempatan berusia 30-an berjaya ditahan polis pada pukul 6.18 petang semalam.
“Turut dirampas satu set lampu mata arah yang digunakan ketika kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, saman telah dikeluarkan di bawah Peraturan 138 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 170/59 iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.
Cheng San berkata, polis melarang pemilik kenderaan menggunakan lampu mata arah kerana ia merupakan satu kesalahan dan tindakan boleh diambil.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

