Untuk membuat kuih cek mek molek ini, jangan terlalu banyak tepung dari ubi keledek nanti kuih menjadi keras. Sukatan ubi keledek mestilah melebihi jumlah tepung dan campurkan sedikit tepung beras, untuk rasa rangup pada kuih. Senangkan, jom kita try buat!

CEK MEK MOLEK
BAHAN
400 gm ubi keledek – rebus hingga empuk
80 gm tepung gandum
20 gm tepung beras
Sedikit garam
Sedikit gula
Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN

1.Ubi keledek dilenyek sehingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk, campurkan tepung gandum, tepung beras dan secubit garam.

2.Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk. Ambil sedikit doh anggaran sebesar bola ping pong. Bulatkan di bahagian tengahnya.

3.Letakkan sedikit gula, tutup doh dengan kemas.

4.Bentukkan bujur seperti di dalam gambar.

5.Panaskan minyak, goreng sehingga keemasan dengan api sederhana.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

