MARDI giat hasilkan varian kopi atasi kekurangan biji kopi tempatan

Dari Penulis

INSTITUT Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) giat  melakukan penyelidikan dalam usaha menghasilkan lebih banyak varian kopi bagi memenuhi permintaan susulan kekurangan biji kopi tempatan. 

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFI) Chan Foong Hin berkata kekurangan itu boleh dianggap kritikal ketika ini kerana pengeluaran kopi tempatan hanya memenuhi kira-kira tiga peratus permintaan dalam negara.

Beliau berkata pengeluaran kopi negara di peringkat global hanya pada kadar 0.16 peratus, manakala kadar import kopi untuk menampung kegunaan dalam negara sebanyak 97 peratus.

“Permintaan kopi dalam negara semakin meningkat daripada 600,000 kilogram (kg) setahun pada 2021 kepada 800,000 kilogram tahun lepas (2022), dan ia dijangka terus meningkat setiap tahun…inilah cabaran utama industri pengeluaran kopi.

“Cabaran lain pula seperti pesaingan daripada komoditi lain, bantuan dana, keluasan tanah untuk penanaman, tenaga buruh, kos input, tenaga buruh dan persaingan dengan negara jiran,” katanya kepada pemberita hari ini.

BERITA BERKAITAN MARDI beri tumpuan kesedaran isu biodiversiti

Beliau berkata demikian dalam ucapan semasa Majlis Perasmian Pelancaran Klon dan Inovasi Kopi Liberica Baharu MARDI di MARDI Kluang yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI Dr Azman Ismail.

Chan berkata penghasilan tiga klon kopi baharu jenis Liberica yang dinamakan MKL 8, MKL 9 dan MKL 10 itu diharap mampu menghasilkan produk kopi yang mempunyai daya tahan tinggi, selain dijangka mempunyai jualan yang baik.

Menurutnya melalui klon baharu itu teknik anak pokok menggunakan keratan tanpa pokok peranti digunakan dan ia akan dapat menjimatkan kos pengeluaran dan masa menghasilkan kopi antara 8 hingga 9 bulan berbanding 15 hingga 16 bulan sebelum ini. 

“Atas usaha MARDI ini, saya lihat Johor memang tempat yang sesuai untuk penanaman kopi jenis Liberica seperti di Kluang dan Batu Pahat…tanah di kawasan ini memang subur sekali gus sesuai untuk pembangunan kopi negara.

“MARDI juga diseru untuk terus berusaha mempergiat penyelidikan dan pembangunan teknologi kopi, manalala kerajaan negeri pula perlu bersama-sama meuar-uarkan serta menyokong inovasi yang dihasilkan supaya mereka yang terlibat dalam industri kopi negara menerima manfaatnya,” katanya

Beliau berkata kementerian juga menyokong  perkembangan industri kopi ini dan bersedia menambah baik infra berkaitan seperti di kawasan ladang dan pemprosesannya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Agong titah KP SPRM laksana amanah penuh integriti

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim...

More Articles Like This