Lagi! ‘Suspek marah polis’ disiasat selisih faham di tempat letak kereta

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

BELUM reda isu seorang penjawat awam memarahi dua anggota polis yang tular di media sosial, baru-baru ini, timbul pula kes baharu melibatkan individu sama.

Ini selepas tular video memaparkan perselisihan faham di antara penjawat awam berkenaan dengan orang awam di tempat letak kenderaan di sebuah pasar raya di Brickfields, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukor berkata, pengadu, seorang wanita tempatan berumur 27 tahun membuat laporan berkaitan kejadian yang dipercayai berlaku kelmarin sekitar pukul 5.26 petang.

“Siasatan awal mendapati selisih faham berlaku apabila Orang Yang Disyaki (OYDS) ingin meletakkan kenderaan di sebelah kenderaan pengadu tetapi pintu kenderaan pengadu di bahagian sebelah pemandu dan penumpang belakang terbuka.

“Pengadu menyatakan neneknya sedang menukar lampin pakai buang anak saudara ketika itu. OYDS yang tidak berpuas hati telah menekan hon kenderaan dan dilihat menjerit dan memarahi pengadu dan ahli keluarganya.

“OYDS juga memperlekehkan pakaian pengadu yang kelihatan seksi serta merakam video. Perselisihan faham ini dileraikan oleh saksi kejadian iaitu sepasang suami isteri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: PRN: Hanya 9 kerusi belum dimuktamad antara BN-PH – Asyraf Wajdi

Amihizam menambah, kes telah dibuka kertas siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan ia masih dalam pemantaun pihak polis.

“Tindakan tatatertib dan kesihatan mental OYDS masih dalam tindakan. Orang awam dinasihatkan untuk tidak membuat apa-apa spekulasi berhubung dengan video tular ini,” katanya lagi.

Orang awam memiliki maklumat lain boleh menyalurkannya kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Sebelum ini, perlakuan suspek tular dan menarik perhatian netizen selepas bertindak biadab memarahi dua anggota polis.

Susulan daripada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, wanita berusia 35 tahun itu hari ini ditahan atas kes berkaitan kesalahan ugutan jenayah.

Polis juga mengesahkan telah membuka dua kertas siasatan berhubung kejadian suspek sama memarahi dua anggota di Taman Sri Gombak, Batu Caves, baru-baru ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This