Zambry adakan lawatan kerja luar ke The Hague, Belanda

Dari Penulis

MENTERI Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul kadir akan mengadakan lawatan kerja sulungnya ke The Hague, Belanda bermula hari ini hingga 20 Jun selaras dengan usaha berterusan Malaysia untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala dengan Belanda.

Dalam suatu kenyataan pada Isnin Zambry berkata, Belanda merupakan rakan dagangan yang penting buat Malaysia sejak hubungan diplomatik diwujudkan pada tahun 1957.

Belanda juga merupakan salah satu negara Kesatuan Eropah (EU) yang penting bagi Malaysia daripada segi perdagangan, pelaburan, pertanian, pelancongan, kebudayaan, dan banyak lagi.

Menurut kenyataan itu, Zambry dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Wopke Hoekstra yang merupakan Timbalan Perdana Menteri Belanda merangkap Menteri Luar Negeri bagi membincangkan perkara mengenai hubungan dua hala kedua-dua negara.

Baca artikel lain: Teknologi maklumat berpotensi jadi sebahagian ekonomi arus perdana

“Saya juga akan mengadakan perjumpaan dengan beberapa pihak di sini dalam usaha meningkatkan kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pendidikan.

“Lawatan kerja ini juga memberi peluang untuk saya menjelaskan mengenai dasar Kerajaan semasa di bawah kepimpinan baharu, terutamanya mengenai dasar luar dan pelaburan asing, serta meningkatkan peluang perniagaan dan pelaburan Malaysia.

“Diharap lawatan kerja ini dapat mengekalkan momentum dan mengeratkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin antara Malaysia dan Belanda,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This