SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat ini, bagi memberi laluan kepada pelaksanaan pilihan raya negeri (PRN).
Berita Harian melaporkan, istiadat disempurnakan di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah, dalam satu istiadat ringkas sebentar tadi.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendapat perkenan selepas menghadap Sultan Sharafuddin di Istana Alam Shah, Klang.
DUN Selangor memiliki 56 kerusi dengan 41 daripadanya milik Pakatan Harapan (PH), lima kerusi Barisan Nasional (BN); Perikatan Nasional (PN) (tujuh) dan PEJUANG (tiga) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Februari lalu, enam negeri mencapai persetujuan untuk membubarkan DUN masing-masing pada tempoh dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN.
Selain Selangor, lima negeri lain ialah Negeri Sembilan, Pulau Pinang yang ditadbir PH, manakala Kedah, Kelantan dan Terengganu pula di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN).
Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memaklumkan negeri itu akan membubarkan DUN pada Khamis ini.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pula, dijadual menyembahkan cadangan untuk pembubaran DUN Kedah pada 28 Jun ini, sekali gus PRN diadakan serentak bersama lima lagi negeri lain.
Ia menjadikan Kedah negeri keempat mengumumkan tarikh pembubaran DUN selepas Kelantan, selain Negeri Sembilan dan Pulau Pinang masing-masing pada 28 dan 30 Jun.
Sehingga semalam, hanya Terengganu masih berteka-teki berikutan belum memutuskan tarikh pembubaran DUN negeri itu, walaupun tempoh penggal pentadbirannya genap lima tahun, hujung bulan ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

