Tular kampung bawah kolong setinggi 150cm, lengkap dengan surau serta sekolah

Dari Penulis

SIAPA sangka di sebalik kesibukan di Jakarta terdapat sebuah perkampungan tersembunyi di bawah kolong jejambat dekat Tol Angke 2 Jelambar, Jakarta Barat.

Kisah perkampung itu tular selepas ia dimuat naik ke laman YouTube Bang Brew TV.

Memetik laporan Detik.com, mereka yang ingin ke perkampungan tersebut perlu membongkok dan mencangkung untuk turun ke bawah melalui ruang sempit.

Saat menjejakkan kaki di kawasan tersebut, dapat dilihat kediaman penduduk yang dibina di kiri dan kanan di bawah jejambat tersebut.

Perkampungan setinggi kira-kira 150 sentimeter dan dapat dirasakan udara yang sesak dan panas oleh kerana kurangnya pengudaraan yang baik.

Perkampungan tersembunyi di bawah kolong jejambat dekat Tol Angke 2 Jelambar, Jakarta Barat. GAMBAR: Detik

Selain itu, dapat dihidu bau yang kurang menyenangkan oleh kerana kawasan tersebut dikelilingi Sungai Grogol.

Bukan itu sahaja, perkampungan tersebut juga mempunyai kurang pencahayaan dan setiap rumah yang dibina tidak mempunyai pintu.

Penduduk di bawah jambatan itu hanya bergantung pada lembaran kain yang digunakan untuk menutup rumah sebagai gantian pintu.

Malah, penduduk juga dilihat menjemur pakaian di hadapan rumah dan menjalankan aktiviti harian seperti biasa walaupun terpaksa menunduk ketika berjalan.

Terdapat juga dua buah tandas yang dibina bagi kegunaan penduduk.

Rata-rata kediaman yang mempunyai keluasan 2×3 meter itu dihuni oleh ahli keluarga yang ramai di dalam satu-satu rumah.

Apabila mahu tidur, ada di antara penduduk yang sanggup bergaduh sesama ahli keluarga yang lain bagi mendapatkan ruang untuk beristirehat.

Difahamkan, kebanyakkan penduduk yang menghuni perkampungan ini bekerja sebagai peniaga, penyanyi jalanan dan pemungut sampah.

Malah memetik laporan media tempatan tempat itu juga memiliki suraunya sendiri dan juga sekolah diberi nama Sekolah Pondok Domba Kolong.

Sekolah Pondok Domba Kolong. GAMBAR: Tribun News

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This