SEORANG wanita dari Ecuador tular selepas “mati hidup semula” di dalam keranda telah disahkan benar-benar meninggal dunia.
Wanita yang dikenali sebagai Bella Montoya, 76, pada mulanya disahkan meninggal dunia oleh doktor di sebuah hospital dekat bandar Babahoyo pada 9 Jun lalu.
Bagaimanapun, wanita terbabit mengejutkan sanak saudaranya yang sedang berkabung apabila didapati mengetuk kerandanya sebelum dia dikejarkan ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.
Insiden terbabit mendorong kepada siasatan lanjut oleh Kementerian Kesihatan Ecuador.
Dia kemudian disahkan meninggal dunia kali kedua pada 16 Jun lalu.
Difahamkan, Montoya telah berada di Hospital Martin Icaza selama tujuh hari sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 5 petang waktu tempatan, Jumaat lalu.
Keluarga memberitahu media bahawa Montoya telah dikebumikan di dalam keranda yang sama.
Menurut anak Montoya yang dikenali sebagai Jaime dan Juan Arevalo, perkara terbabit berlaku disebabkan oleh kecuaian perubatan.
“Ibu saya telah diisytiharkan meninggal dunia. Mereka juga menyerahkan kertas yang mengatakan bahawa dia meninggal dunia pada hari Jumaat itu akibat strok,” kata Jamie.
Anak lelaki Montoya yang lain, Gilberto Barbera, berkata, “hidup saya tidak akan sama lagi”.
Difahamkan, Montoya dikatakan mengalami keadaan yang dipanggil catalepsy, yang menyebabkan seseorang mengalami sawan, tidak sedarkan diri dan badan menjadi kaku.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

