YouTuber Noel Faizal didenda RM2,500 miliki syabu 0.68 gram

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG YouTuber didenda sebanyak RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan memiliki dadah jenis syabu, pada Mac lalu.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Muhammad Iskandar Zainol selepas tertuduh, Noel Faizal Firdaus Muhamad, 40, mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Dalam pada itu, Muhammad Iskandar turut memerintahkan agar tertuduh dipenjara selama dua bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan pindaan, Noel Faizal didakwa ada dalam kawalannya bersama dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 0.68 gram di kawasan parkir di Damansara Perdana, Petaling Jaya, sekitar jam 2.15 pagi, 21 Mac 2023.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Merbahaya 1952 (Pindaan 1980) yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau keduanya sekali.

Noel Faizal yang tidak diwakili oleh mana-mana peguam dalam rayuannya memohon hukuman ringan.

Manakala, Timbalan Pendakwa Raya, Loh Xian Yee memohon agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal selain memohon mahkamah mempertimbangkan kepentingan awam dan kekerapan kes sama yang berlaku di sekitar Petaling Jaya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This