Penagih dadah diberkas dalam aksi kejar-mengejar dengan polis

Dari Penulis

SEORANG penagih dadah ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Persiaran Surian, Kota Damansara, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, kejadian kejar-mengejar sejauh 10 kilometer itu berlaku pada pukul 3.48 pagi.

Beliau berkata, suspek berjaya ditahan di Lebuhraya Penchala Link selepas kenderaanya terbabas melanggar tembok penghadang jalan.

“Polis menahan suspek seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun bersama kereta Proton Waja yang dipandu.

“Pemeriksaan di dalam kenderaan telah menemui peralatan yang dipercayai digunakan bagi kegiatan pecah rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek yang merupakan pekerja dobi itu bertindak melarikan diri kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan memiliki peralatan pecah rumah.

Katanya, saringan air kencing mendapati suspek positif syabu dan direman sehingga Isnin bagi siasatan lanjut.

Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This