MCMC ambil tindakan perundangan terhadap syarikat induk Facebook

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia (MCMC) tidak teragak-agak mengambil langkah definitif atau tindakan perundangan terhadap syarikat induk Facebook iaitu Meta.

Ia berikutan keengganan syarikat tersebut bekerjasama bagi menurunkan kandungan yang memudaratkan daripada platform Facebook.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, platform Facebook telah dibelenggu dengan jumlah kandungan memudaratkan membabitkan elemen kaum, institusi diraja dan agama (3R).

Selain itu, MCMC memberitahu, lambakan elemen penyamaran, judi dalam talian serta iklan-iklan penipuan turut membelenggu platform berkenaan.

Sehubungan itu, MCMC berkata pihaknya telah menghubungi Meta untuk menurunkan kandungan berkenaan daripada platformnya.

“Namun, di sebalik permohonan berulang kali daripada MCMC, Meta gagal mengambil tindakan secukupnya dalam menangani isu berkaitan kandungan memudaratkan pada platform mereka dan tidak bekerjasama sepenuhnya dalam menurunkan kandungan tersebut.

Baca artikel berkaitan: MCMC rancang bina menara komunikasi di KOA Ber

“Maklum balas pihak Meta yang lembab dan kurang memuaskan, tidak setimpal dengan keseriusan perkara berkenaan dan ini telah mengundang kebimbangan awam.

“Memandangkan tahap kerjasama diberikan Meta tidak memadai, MCMC tidak teragak-agak mengambil tindakan perundangan sebagai langkah memastikan pengguna dilindungi dan mempunyai persekitaran selamat dalam alam digital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, MCMC menegaskan, tindakan berkenaan perlu dilakukan dalam menyemai kebertanggungjawaban keselamatan siber selain memperkasa perlindungan pengguna terhadap kandungan memudaratkan termasuk aktiviti penipuan.

Suruhanjaya itu turut menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan menyalahguna platform dalam talian.

“Ia termasuk telekomunikasi, rangkaian atau kemudahan dalam talian secara berterusan untuk aktiviti siber berniat jahat, phishing atau sebarang kandungan yang mengganggu-gugat kestabilan kaum, keharmonian sosial serta penghinaan terhadap institusi diraja,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ dilancar suku keempat, pelaksanaan terus rancak

PELAKSANAAN Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berjalan mengikut landasan, dengan Pelan Induk inisiatif itu dijadual dilancarkan secara strategik pada...

More Articles Like This