Polis mengesahkan telah menahan seorang lelaki di dalam sebuah pesawat sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.
Ketua Polis Daerah Johor Bharu Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, tangkapan itu dibuat oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.
Katanya, suspek ditahan ketika pesawat dari utara tanah air itu mendarat di Johor Bharu.
“Tangkapan ini dibuat berdasarkan kepada maklumat bahawa suspek terlibat dalam kegiatan pinjaman wang tidak berlesen dan tidak wujud,” katanya ringkas ketika dihubungi UtusanTV.
Jelasnya Raub lagi, kenyataan penuh mengenai kejadian akan dibuat dalam masa terdekat.
Sejak semalam tular dua klip video memaparkan aksi beberapa orang anggota polis membuat tangkapan terhadap seorang individu di dalam sebuah pesawat.
Menerusi perkongsian video Elizabeth Eoh Yang di laman TikTok, dapat dilihat seorang anggota polis berlegar-legar di dalam pesawat terbabit.
Malah, menerusi hantaran video yang lain pula dapat diihat seorang individu berbaju putih diapit di kiri dan kanan oleh tiga anggota polis ketika ke pintu keluar lapangan terbang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

