Ahmad Samsuri menghadap Sultan Terengganu esok, mohon bubar DUN

Dari Penulis

MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin esok, untuk mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu, beliau akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran DUN kepada baginda di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu pada 9 pagi.

Ditanya mengenai tarikh yang dicadangkan, beliau berkata perkara itu akan diumumkan selepas selesai beliau menghadap Tuanku Sultan.

Baca artikel berkaitan: 16 kerusi DUN Kedah sudah dalam tangan PH-BN

“Esok saya akan menghadap Tuanku pada sebelah pagi, sudah dapat perkenan untuk menghadap …. Sebaik saya sembah maklum Tuanku (baru umum tarikh) …. Lebih cantik saya maklumkan Tuanku dulu, insya-Allah lepas itu buat kenyataan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Ahmad Samsuri turut memberitahu tempoh mandat DUN Terengganu akan berakhir pada 30 Jun ini.

DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi yang menyaksikan 22 kerusi dikuasai PAS selepas Pilihan Raya Umum ke-14, manakala selebihnya milik Barisan Nasional (BN).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

64 projek pembangunan semula sekolah daif siap sejak 2025

SEBANYAK 64 projek pembangunan semula sekolah daif telah berjaya disiapkan di seluruh negara sejak tahun 2025 hingga suku kedua...

More Articles Like This