PRN: Cuti peristiwa di Terengganu Ahad ini

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN Negeri Terengganu bersetuju mengisytiharkan cuti peristiwa pada hari Ahad ini sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan esok.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan, keputusan itu dibuat bagi memudahkan pengundi sama ada dari luar atau dalam negeri tersebut menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Beliau berkata, pengumuman cuti di Terengganu itu juga mengambil kira tugasan dan bagi memudahkan kakitangan kerajaan negeri yang bertugas sehingga lewat malam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari pengundian esok.

“Keputusan ini dibuat bagi memudahkan pengundi dari luar Terengganu yang bekerja di Terengganu untuk pulang ke tempat mengundi masing-masing di Kelantan, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Kerajaan negeri berharap pengumuman ini akan dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada semua yang terlibat dalam pesta demokrasi pada 12 Ogos ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Baca artikel berkaitan: Cuti peristiwa Isnin jika PH-BN menang di Selangor

Masa depan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu terletak di tangan 9.67 juta pemilih apabila mereka akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil di DUN masing-masing, esok.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia enam negeri itu mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan daripada pilihan raya umum selepas memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing semasa pembubaran Parlimen pada 10 Okt tahun lepas.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk memilih Ahli Parlimen baharu diadakan serentak hanya dengan pilihan raya negeri Perak, Pahang dan Perlis pada 19 Nov 2022.

Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak pula telah mengadakan pilihan raya negeri masing-masing sebelum PRU15.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sambutan luar biasa, 6,613 unit MyKiosk berjaya diisi dan beroperasi sepenuhnya

SEBANYAK 6,613 unit atau 91.3 peratus daripada keseluruhan program MyKiosk yang telah dibina berjaya diisi dan beroperasi sepenuhnya sehingga...

More Articles Like This