KAMBING MASALA KASHMIR
BAHAN
2 kg kambing – potong saiz 3″ x 3″
½ cawan minyak jagung
½ cawan minyak sapi
2 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum cengkih
2 helai daun beriani
1 labu bawang besar– hiris halus
10 ulas bawang merah-kisar halus
6 ulas bawang putih-kisar halus
3 cm halia-kisar halus
5 sudu besar cili kisar
3 sudu besar tomato puri
2 biji tomato – cincang kasar
2 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar rempah beriani
10 batang daun pudina
10 biji badam – kisar
½ cawan tairu
1 cawan air
Garam
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak jagung dan minyak sapi, tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih, daun beriani dan bawang besar, kacau seketika.
- Masukkan bahan kisar, cili kisar, tomato puri dan tomato. Kacau lagi.
- Kemudian masukkan rempah beriani, rempah kari ikan, daun pudina dan kambing, kacau sebentar.
- Masukkan air dan tairu. Masak selama satu jam dengan api perlahan.
- Masukkan garam, masak lagi 30 minit sehingga kuahnya pekat dan agak kering.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

