Remaja 13 tahun ditahan selepas dikejar polis 10km

Dari Penulis

SEORANG remaja berusia 13 tahun ditahan polis di Taman Banggol Indah, Chukai, selepas bertindak memandu secara merbahaya pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian kejar mengejar sejauh 10 kilometer itu berlaku pada pukul 5.15 petang.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika anggotanya sedang membuat rondaan tugas Op Lancar/Op Samseng di Jambatan Geliga Waterfront.

Katanya, anggota polis bertugas telah melihat sebuah kenderaan jenis Proton Saga berwarna putih melawan arus.

Menurutnya, polis cuba menahan kereta tersebut, namun pemandu tidak mengendahkan arahan untuk berhenti dan terus memecut melarikan diri.

“Polis terus mengekori dan mengarahkan kereta tersebut berhenti sebanyak tiga kali tetapi pemandu tersebut tetap tidak berhenti.

“Malah, pemandu turut memandu secara zig-zag dari Kilometer 155 hingga 157, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan selain tidak berhenti di lampu isyarat Mak Lagam,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, remaja tersebut terus memotong kenderaan secara berbahaya dan memotong barisan di lampu isyarat Stesen Bas Geliga.

Katanya, polis terus mengekori kereta suspek tanpa terputus pandangan mata sehingga suspek memberhentikan kereta di hadapan sebuah dobi di Taman Banggol Indah, Chukai.

“Pemandu yang memakai baju lengan pendek berwarna merah dan berseluar hitam telah bertindak melarikan diri bersama empat penumpang.

“Anggota polis kemudian berjaya menangkap pemandu dan kesemua penumpang bersama kereta Saga dan dibawa balik ke Balai Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kemaman bagi tindakan lanjut,” ujarnya.

Hanyan berkata, pihaknya telah menahan pemandu yang beralamat Kampung Baru Air Puteh, Kemaman kerana telah memandu secara melulu dan mengakibatkan bahaya kepada pengguna jalan raya.

Katanya, semakan mendapati pemandu tidak mempunyai lesen memandu dan tiada rekod jenayah lampau.

Sebanyak enam keping saman telah dikeluarkan di bawah kesalahan Pol 257.

Menurutnya, kereta Saga terbabit disita dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This