Melihat pinggan mangkuk yang dipenuhi kotoran minyak serta lemak yang melekat membuatkan kita, menyental berkali-kali pinggan sehingga betul-betul hilang kotorannya. Sertengahnya kotoran degil ini agak sukar ditanggal.
Jangan bimbang, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. SAJI kongsikan 10 tip mencuci pinggan mangkuk sehingga bersih dan berkilat. Minyak dan lemak juga boleh dihilangkan dengan cepat dan mudah. Ini caranya :
- Span
Span memainkan peranan penting ketika mencuci pinggan. Pilih span yang tebal dan mampu menghasilkan buih yang banyak bila dikocak walaupun kadar sabun yang digunakan adalah sedikit. Buih yang banyak membantu menghilangkan kotoran dengan mudah. - Cuka
Campurkan sedikit cuka bersama sabun pencuci pinggan. Cuci seperti biasa. Cuka akan membantu menanggalkan minyak pada pinggan mangkuk dengan mudah. - Lemon
Ambil sebiji lemon, hiris nipis dan campurkan bersama sabun pencuci pinggan. Biarkan beberapa minit, sental dan bilas seperti biasa. Kandungan asid di dalam lemon mampu menghilangkan kotoran yang melekat pada pinggan mangkuk. - Soda Bikarbonat
Ambil sedikit soda bikarbonat, campurkan ke dalam sabun pencuci pinggan. Cuci dan bilas pinggan seperti biasa. Soda bikarbonat bukan sahaja membersihkan pinggan dengan baik malah mampu menghilangkan bau yang tidak diingini yang melekat pada pinggan mangkuk. - Air Panas
Sebelum hendak mencuci pinggan mangkuk yang berminyak, panaskan air kemudian rendam pinggan mangkuk dengan air panas seketika. Rendaman ini membantu menanggalkan kotoran berminyak yang melekat dan memudahkan proses mencuci pinggan. - Garam
Tambah sesudu garam ke dalam sabun pencuci. Cuci pinggan mangkuk dengan span seperti biasa. Molekul garam membantu menghilangkan kotoran minyak dengan mudah. - Tepung Gandum
Masukkan tepung gandum di dalam sabun pencuci, kemudian cuci pinggan mangkuk yang berminyak seperti biasa. Tepung ini memudahkan proses pencucian pinggan mangkuk, lemak dan minyak yang melekat juga mudah ditanggalkan.

