KPWKM ambil perhatian serius kebajikan kanak-kanak terpinggir

Dari Penulis

KERAJAAN mengambil perhatian kegusaran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung cadangan pindaan kewarganegaraan membabitkan kanak-kanak terpinggir yang dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya menerima banyak respons daripada NGO-NGO berkenaan perkara tersebut.

Jelasnya, mereka mahu kementerian membantu dari segi memberi perlindungan kepada kanak-kanak terutamanya Seksyen 1(e) dalam Jadual Kedua, Bahagian II Perlembagaan Persekutuan berkenaan Perkara 14(1)(b).

“Saya telah bercakap dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pagi tadi dan berbincang, beliau sendiri sangat responsif selain menyatakan akan mengadakan pertemuan dengan NGO-NGO tertentu di negara ini dalam masa terdekat.

“Kita masih ada masa…saya harap ada perkembangan baharu melalui sesi perjumpaan itu. Saya mahukan yang terbaik bagi melindungi kanak-kanak ini,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Baca artikel lain: Abdul Hadi makin pulih, masih perlu berehat

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Peringkat Kebangsaan 2023, hari ini.

Berdasarkan seksyen itu, ia menyatakan setiap orang yang lahir di Persekutuan dan pada masa dia lahir tidak menjadi warganegara mana-mana negara selain menurut kuasa perenggan tersebut.

Menurut Nancy, pertemuan akan diadakan antara pihak NGO dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam masa terdekat bagi membincangkan cadangan pindaan tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ismael Saibari jadi wira, Maghribi kecewakan Belanda langkah ke pusingan 16

MAGHRIBI meneruskan kemaraan ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2026 selepas berjaya menewaskan Belanda 3-2 dalam penentuan sepakan penalti,...

More Articles Like This