Abdul Hadi makin pulih, masih perlu berehat

Dari Penulis

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sudah pun dibenarkan keluar daripada hospital, petang semalam masih perlu berehat secukupnya.

Keadaan Ahli Parlimen Marang itu yang dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu sebelum ini juga sudah semakin pulih.

Perkembangan itu dimaklumkan Setiausaha Politik Abdul Hadi, Mohd Syahir Che Sulaiman seperti dilaporkan BH Online, hari ini.

“Alhamdulillah, kesihatan ayahanda tuan guru sudah pulih dan dibenarkan keluar daripada hospital semalam.

“Tetapi ayahanda tuan guru masih memerlukan rehat secukupnya sebelum meneruskan aktiviti harian,” katanya.

Mohd Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok memaklumkan, Abdul Hadi dan ahli keluarga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesembuhannya.

Sabtu lalu, anak Abdul Hadi, Muhammad Khalil menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bapanya sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut di hospital.

Muhammad Khalil berkata, keadaan kesihatan Abdul Hadi sedikit merosot sejak sebelum Hari Raya Aidiladha.

Malah, beliau berkata, Ahli Parlimen Marang itu sudah pun berada dalam keadaan keuzuran ketika hadir ke pelancaran jentera pilihan raya Dewan Pemuda Pas Negeri (DPPN) Terengganu, baru-baru ini.

Baca artikel berkaitan: Abdul Hadi dibenar keluar hospital hari ini, hanya demam bukan masalah jantung

Pada masa sama, Muhammad Khalil yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk turut memohon orang ramai mendoakan dan membuat solat hajat supaya Abdul Hadi diberikan kesembuhan segera.

Beliau kemudiannya memaklumkan Abdul Hadi berada dalam keadaan stabil tetapi masih perlu berehat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata Abdul Hadi dimasukkan ke wad disebabkan demam dan bukannya masalah jantung seperti didakwa sesetengah pihak.

Pada Februari tahun lalu, Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), pernah dimasukkan ke hospital, dipercayai akibat sesak nafas.

Beliau ketika itu dimasukkan ke Hospital Putrajaya selepas dilaporkan sesak nafas sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This