Masuk percuma ke Pusat Sains Negara, Planetarium untuk lawatan sekolah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BERITA gembira buat murid-murid apabila Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menawarkan tiket masuk percuma ke Pusat Sains Negara di Kuala Lumpur dan Cawangan Wilayah Utara Alor Setar serta Planetarium Negara untuk lawatan rasmi sekolah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, ia selaras inisiatif dan pengumuman Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan sekolah menganjurkan lawatan pendidikan sebagai sebahagian pengukuhan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Menurut Lih Kang, penawaran tiket masuk percuma itu sebagai usaha bersepadu menjayakan dasar kerajaan mendekatkan sains dan teknologi kepada rakyat.

Pada masa sama, kata beliau, ia juga bertujuan menyemat minat pelajar kepada subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Katanya, Planetarium Negara kini dalam proses pembaikan dan dijangka dibuka semula kepada pengunjung pada Ogos depan.

“Saya percaya MOSTI juga memainkan peranan penting dalam menyokong pembelajaran STEM secara tidak formal melalui kemudahan Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara.

“Diharap inisiatif ini akan dapat memupuk minat dalam kalangan pelajar sekolah khususnya terhadap bidang sains, teknologi dan inovasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 9/2023 bertarikh 16 Jun 2023 menyebut tentang garis panduan lawatan murid sekolah di bawah KPM iaitu pihak sekolah digalakkan menganjurkan lawatan berunsurkan pendidikan serta mampu memberi manfaat dan kebaikan kepada murid dan menambah ilmu pengetahuan masing-masing.

Baca artikel berkaitan: MOSTI teroka usaha kerajaan dalam bidang sains, teknologi, inovasi berteraskan nilai Madani

Surat yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali itu turut menyarankan agar institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan KPM turut merujuk garis panduan tersebut.

Mengulas lanjut, Lih Kang berkata, MOSTI menyediakan kemudahan Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara dengan 1,001 pengalaman sains serta teknologi kepada pengunjung terutama golongan pelajar sebagai usaha mendekatkan sains, teknologi dan inovasi kepada rakyat.

Jelas beliau, Pusat Sains Negara juga menyediakan pelbagai pengalaman sains dan teknologi di galeri pameran dalaman serta luar yang menyediakan pelbagai aktiviti.

“Pengunjung Pusat Sains Negara juga berpeluang ke galeri pameran bertema termasuk pameran Obskura XR untuk meneroka teknologi realiti maya dan pameran zaman Encounter Dinosour mengenai fakta sains dan alam prasejarah.

“Pameran dengan kerjasama rakan strategik luar ini tidak termasuk dalam tawaran tiket percuma kepada pelajar.

“Di Planetarium Negara pula, MOSTI menyediakan pameran untuk pelajar meneroka pengalaman astronomi dan sains alam angkasa lepas yang kini menjadi sebahagian kegunaan kehidupan harian manusia di serata pelosok dunia,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Iran hargai pendirian konsisten Malaysia sokong perjuangan umat Islam

IRAN menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas pendirian yang konsisten dalam menyuarakan sokongan terhadap perjuangan umat Islam. Penghargaan itu dinyatakan...

More Articles Like This