MINGGU ini bakal menyaksikan suhu global paling panas pernah direkodkan, menurut data daripada Pusat Ramalan Alam Sekitar Kebangsaan (NCEP) Amerika Syarikat.
Menurut data NCEP, Selasa merupakan hari paling panas di Bumi sejak 1979, dengan purata suhu global mencecah 62.92 darjah Fahrenheit (17.18 darjah Celsius), lapor Xinhua.
Pakar menjelaskan bahawa rekod haba itu didorong oleh beberapa faktor, termasuk pemanasan global, kembalinya corak El Niño dan permulaan musim panas di hemisfera utara.
Baca artikel lain: Tiket bas ‘laku keras’ menjelang PRN di Kelantan
Cuaca panas melampau terus melanda kawasan Selatan, Barat dan Barat Tengah Amerika Syarikat pada Rabu, menurut data daripada Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan AS.
Kira-kira 46.6 juta orang, iaitu sekitar 14 peratus daripada penduduk AS yang tinggal di kawasan berkenaan dijangka terjejas akibat cuaca panas, menurut laporan New York Times. — BERNAMA-XINHUA TAG: AS, rekod, hari paling panas, Selasa
TVKB TFTY
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

