MENJELANG pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi, tiket bas untuk ke Kelantan dilaporkan sudah habis dijual.
Perkara itu dinyatakan oleh Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman yang menjelaskan, jualan tiket secara dalam kehabisan sebaik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 12 Ogos sebagai hari mengundi untuk PRN.
Beliau yakin, senario tersebut merupakan petanda bahawa gelombang anak perantauan mahu pulang mengundi cukup tinggi.
“Sebaik sahaja SPR umum tarikh, anak-anak Kelantan di perantauan sudah bising. Situasi itu membuatkan kita (Pas) rasa teruja,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Ppkat Pertahan Kelantan: Pas Pilihanku di Bachok, malam tadi.
Baca artikel lain: Peruntukan Perlembagaan cerminkan kepelbagaian, kepentingan kaum – Rais
Semalam SPR mengumumkan PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon di keenam-enam negeri berkenaan pula ditetapkan pada 29 Julai, manakala pengundian awal pada 8 Ogos.
Mohd Syahir menambah, harga tiket kapal terbang pula bukan calang-calang menjelang PRN dan difahamkan ia mencecah hampir RM1,000 seorang untuk perjalanan pergi dan pulang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

