Keputusan MCA, MIC tak jejas Kerajaan Perpaduan, Anwar ucap terima kasih

Dari Penulis

KEPUTUSAN diambil MCA dan MIC untuk tidak bertanding pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan disifatkan tidak akan menjejaskan perancangan jentera Kerajaan Perpaduan.

Pada masa sama, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua parti komponen Barisan Nasional (BN) itu yang tetap mempertahankan Kerajaan Perpaduan.

Menurut Perdana Menteri, MCA dan MIC akan tetap memberi sokongan kepada calon ditampilkan Kerajaan Perpaduan.

Malah, beliau memaklumkan menerima panggilan daripada Presiden MCA dan MIC berhubung keputusan tersebut.

“Kedua-dua Presiden MCA dan MIC ada menghubungi saya dan menyatakan pada peringkat ini mereka tidak bertanding, tetapi akan tetap memberi sokongan (Kerajaan Perpaduan). Saya fikir itu dalam bidang kuasa BN.

“Saya ucap terima kasih (kerana) membantu dan masih mempertahankan kedudukan Kerajaan Perpaduan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian Online, hari ini.

Baca artikel berkaitan: BN hormati keputusan, tiada masalah hubungan MIC, MCA – Zahid

Semalam, MCA mengumumkan tidak akan bertanding pada PRN membabitkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, bulan depan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Chong Sin Woon dalam kenyataan memaklumkan, parti itu akan menumpukan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) selain melaksanakan pembaharuan dan kebangkitan semula.

Selang beberapa jam selepas itu, MIC menerusi kenyataan Setiausaha Agungnya, RT Rajasekaran turut mengambil keputusan serupa setelah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Bagaimanapun, kedua-dua parti itu berjanji akan melaksanakan peranan sebagai parti komponen BN bagi membantu memenangi PRN.

PRN di enam negeri akan dijalankan secara serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This