CALON-CALON PAS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bulan depan tetap perlu melakukan bai’ah (perakuan sumpah) kepada parti tetapi dijangka tidak melibatkan sesuatu yang rumit seperti sumpah taklik cerai yang pernah berlaku sebelum ini.
Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin berkata, setiap calon PAS perlu mengangkat sumpah dengan parti sebelum bertanding namun kemungkinan kepimpinan akan mengubah dan menambah kandungan tertentu dalam perjanjian tersebut.
“Jika dilihat situasi semasa juga sudah agak berbeza berbanding dulu yang mana ahli sangat setia dan walak kepada parti.
“Pada satu situasi, semasa di Kelantan dulu (Pilihan Raya Umum pada 2004) kita hanya ada kelebihan satu kerusi yang memerlukan bai’ah seperti sumpah taklik cerai talak tiga itu, namun situasi sekarang sudah berbeza,” katanya memetik laporan BH Online.
Hashim berkata, berkemungkinan bai’ah bagi calon PAS pada PRN kali ini adalah selaras di setiap negeri.
Menjadi amalan bagi setiap calon Pas yang dipilih bertanding akan berbai’ah yang mana sekiranya calon meninggalkan atau lompat ke parti lain dengan keredaan sendiri selepas menang atau dilantik senator maka dia akan dilaknat oleh Allah, rasul serta orang beriman serta segala perbelanjaan menggunakan wang elaun dewan adalah haram.
Selain itu, calon juga bersumpah meletak jawatan apabila keluar atau dipecat oleh parti.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pernah memaklumkan bahawa bai’ah itu adalah sebagai janji setia terhadap parti dan bersumpah dengan nama Allah SWT untuk tidak menyeleweng dan mengkhianati amanah apabila menjadi pemimpin.
Bai’ah cerai talak tiga pernah dilaksanakan di Kelantan apabila PAS berada dalam keadaan genting sehingga memaksa Menteri Besar ketika itu, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat memasukkan kandungan sumpah boleh gugur talak tiga ke atas isteri calon PAS bagi memastikan mereka yang menang tidak mengkhianati parti.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

