Perkenal undang-undang pecat, dakwa Perdana Menteri – Wan Junaidi

Dari Penulis

YANG Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mencadangkan, penggubalan rang undang-undang yang membolehkan Perdana Menteri didakwa atau dipecat atas tindakan salah laku.

Ujarnya, ketika ini negara tidak mempunyai undang-undang yang membenarkan pendakwaan terhadap Perdana Menteri dan atas sebab itu ia harus diperkenal.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkata, negara seperti United Kingdom (UK) mempunyai undang-undang berkenaan.

“Perkara itu (dakwaan salah laku) dilakukan di England pada tahun 1800-an dan terakhir, bekas perdana menteri, Tony Blair pernah didakwa pada 2004,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ucaptama pada forum ‘Kestabilan Politik dalam Parlimen Tergantung’ di sini, hari ini.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Bayangan (Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi), Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Presiden Sunway Universiti, Prof Sibramdes Poppema.

Baca artikel lain: Tuduhan guna kedudukan bagi suapan: Tiada diskriminasi terhadap Muhyiddin – Pendakwaan

Wan Junaidi turut mencadangkan, supaya Parlimen memanggil kerajaan untuk membentang dan membahaskan kertas untuk memasuki atau menarik balik perjanjian dua hala atau sehala dengan mana-mana negara luar atau individu.

Katanya, sekiranya dibahas atau dibentangkan di Parlimen, orang ramai akan mengetahui mengenai perkara itu.

“Malah Parlimen perlu memanggil kerajaan bagi perkara membabitkan penyelesaian pertikaian seperti isu menarik balik (rayuan kes) Pulau Batu Putih pada 2018 yang dilakukan oleh Perdana Menteri ketika itu.

“Sekurang-kurangnya Ahli Parlimen tahu apa yang sebenarnya berlaku kerana itu isu besar membabitkan negara,” katanya lagi.

Sementara itu, Azalina berkata, pemisahan peranan pendakwa raya daripada peguam negara (AGC) tidak boleh dilakukan secara terasing kerana itu membabitkan beberapa faktor antaranya kos kepada kerajaan.

Katanya, cabaran terbesar dalam hal itu membabitkan elemen kos kerana untuk memisahkan peguam negara dan pendakwa raya, maka, pegawai-pegawai berkaitan juga perlu dipisahkan.

“Selain itu, pemisahan kedua-dua jawatan berkenaan akan turut membabitkan pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan, terutamanya Perkara 138 dan Seksyen 376 Akta Acara Jenayah.

“Pindaan bukan saja perlu dibuat terhadap Perlembagaan Persekutuan, malah, pindaan terhadap undang-undang lain yang berkaitan juga perlu dipertimbang,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ajinomoto kukuh komitmen gaya hidup sihat di NMM 2026

AJINOMOTO (Malaysia) Berhad memperkukuh komitmen dalam mempromosi pemakanan seimbang, gaya hidup aktif dan kesejahteraan masyarakat dengan sekali lagi tampil...

More Articles Like This