Sembunyi daripada Imigresen, pekerja Bangladesh maut dalam mesin pengadun

Dari Penulis

SEORANG pekerja warga Bangladesh ditemui maut selepas terperangkap dalam mesin gentian pengadun di sebuah premis dekat Jalan RP 2, Rawang Industri Estate, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 9.27 pagi.

Beliau berkata, sepasukan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati mangsa berusia 30-an tidak sedarkan diri di dalam mesin terbabit.

“Mangsa dipercayai berada di dalam mesin tersebut selepas bertindak sembunyi daripada operasi Jabatan Imigresen Malaysia, malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan mayat diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tular video curi kabel di MRR2, polis giat buru empat individu

POLIS sedang mengesan empat individu yang dipercayai terlibat dengan perbuatan mencuri kabel di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2),...

More Articles Like This