Berang dituduh ambil dadah, lelaki bakar isteri hingga mati

Dari Penulis

Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai bertindak membunuh dengan membakar isterinya, selepas berang kerana dituduh mengambil dadah, di Kampung Bharu, dekat Manjung, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata polis menerima panggilan kecemasan daripada adik suspek sendiri, memaklumkan bahawa suspek yang berumur 28 tahun itu telah bertindak membakar isterinya yang berumur 33 tahun di dalam sebuah rumah selepas berlaku perselisihan faham.

Beliau berkata perselisihan faham dipercayai berlaku apabila wanita itu dan keluarganya menuduh suspek mengambil dadah.

“Wanita itu dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia hari ini oleh pihak hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu katanya suspek ditahan pada pukul 11 malam tadi ketika berada di sebuah restoran dekat Lumut, dan polis telah mendapat kebenaran daripada Mahkamah Majistret Manjung hari ini untuk menahan reman suspek selama seminggu bagi membantu siasatan.

Mohamed Nordin berkata bedah siasat akan dilakukan esok bagi mengenal pasti punca kematian dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

— BERNAMA

Wednesday, 12 July 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This